purple is my style

Saturday, March 17, 2012

KISAH NANI

Nani suka makan gula-gula. Setiap hari Nani akan membeli pelbagai jenis gula-gula kesukaannya di kedai runcit selepas balik sekolah. Ibu Nani selalu memberi amaran supaya mengurangkan makan gula-gula. Ibu Nani sering mengingatkan Nani bahawa pengambilan gula-gula akan merosakkan gigi. Nani tetap berdegil.

Nani seorang yang malas menjaga gigi. Nani hanya memberus gigi sekali sehari iaitu setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Ibu Nani selalu mengingatkan Nani agar memberus gigi sebelum tidur. Doktor gigi Nani pernah memberitahu bahawa banyak kuman terkumpul di gigi setelah seharian digunakan untuk mengunyah makanan. Oleh yang demikian, gigi perlu diberus setiap kali sebelum tidur untuk mengelakkan mulut berbau.

Suatu hari, Nani mengalami sakit gigi. Dia tidak datang ke sekolah hari itu. Ibunya telah membawanya ke klinik gigi. Setelah membuat pemeriksaan, doktor memberitahu bahawa gigi Nani berlubang dan ada yang goyang. Jadi doktor perlu menampal gigi yang berlubang itu dan mencabut gigi yang goyang itu. Nani menjerit semasa doktor mencabut giginya yang bergoyang itu. Nani menangis semasa giginya yang berlubang itu ditampal oleh doktor.

Seminggu Nani tidak ke sekolah. Selepas kejadian itu, Nani tidak lagi suka makan gula-gula dan makanan yang manis. Nani lebih rajin memberus giginya tiga kali sehari dan selepas makan. Nani juga mengamalkan teknik memberus gigi yang betul agar gigi dan gusinya tidak tercedera dan terpelihara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...